Khamis, 9 Februari 2017 | 11:49am
HARGA minyak kembali stabil, didorong penyusutan tidak dijangka inventori minyak Amerika Syarikat. - Foto hiasan
HARGA minyak kembali stabil, didorong penyusutan tidak dijangka inventori minyak Amerika Syarikat. - Foto hiasan

Harga minyak stabil susulan penyusutan simpanan AS

SINGAPURA: Harga minyak kembali stabil, didorong penyusutan tidak dijangka inventori minyak Amerika Syarikat (AS).

Dagangan hadapan penanda aras minyak mentah Brent didagangkan pada harga AS$55.27 satu tong pada 0137 GMT, naik 15 cent daripada penutup sebelum ini.

Harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula naik 14 cent kepada AS$52.48 satu tong.

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS berkata, simpanan minyak susut sebanyak 869,000 tong minggu lalu kepada 256.2 juta tong, berbanding peningkatan 1.1 juta tong yang dijangka penganalisis.

Pedagang berkata, penyusutan mengejutkan ini membantu menolak naik harga minyak mentah.

Bagaimanapun, inventori minyak mentah komersial AS meningkat sebanyak 18.8 juta tong kepada 508.6 juta tong, demikian menurut EIA.

Goldman Sachs berkata, inventori tinggi bahan api dan peningkatan pengeluaran minyak mentah AS bermakna pasaran minyak akan kekal terlebih bekalan untuk jangka waktu tertentu. - REUTERS

Berita Harian X