Isnin, 23 Januari 2017 | 6:45pm

Harga minyak AS lebih rendah

SINGAPURA: Harga minyak Amerika Syarikat (AS) lebih rendah, jatuh kali pertama dalam tempoh tiga sesi prospek kenaikan pengeluaran AS, bagi mengimbangi pasaran.

Syarikat tenaga AS minggu lalu berkata, kebanyakan pelantar penggerudian menambah pengeluaran baharu dalam tempoh hampir empat tahun.

Penggerudi turut menambah 29 pelantar pada minggu ini hingga ke 20 Januari, menjadikan jumlah keseluruhan sehingga 551 paling banyak sejak November 2015, menurut firma perkhidmatan tenaga, Baker Hughes.

Pengeluaran minyak AS telah meningkat lebih daripada enam peratus sejak pertengahan tahun 2016, walaupun ia kekal tujuh peratus di bawah paras tertingginya pada tahun 2015.

Ia kembali kepada paras itu akhir tahun 2014 apabila pengeluaran minyak mentah AS kembali kukuh menyumbang krisis dalam harga minyak.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS jatuh tujuh cents kepada AS$53.15 setong oleh 0748 GMT.

Minyak mentah Brent, penanda antarabangsa bagi harga minyak, tidak banyak berubah. Ia diniagakan pada AS$55.48 setong, jatuh satu cent daripada penutup sebelumnya.

Kedua-dua Brent dan WTI diniagakan lebih tinggi pada awal sesi berikutan pemotongan pengeluaran oleh OPEC dan pengeluar lain. - REUTERS

Berita Harian X