Isnin, 16 Januari 2017 | 9:11pm

Kualiti Alam, PETRONAS meterai kontrak sisa buangan

KUALA LUMPUR: Kualiti Alam Sdn Bhd (KA) dan PETRONAS memeterai perjanjian bagi kontrak pengumpulan, pengangkutan, rawatan dan pelupusan (CTTD) perkhidmatan sisa buangan berjadual Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Pengerang, Johor.

Perjanjian CCTD 5+5 itu dimeterai antara KA dan anak syarikat PETRONAS, PRPC Refinery & Cracker Sdn Bhd (PRPC RC), PRPC Polymers Sdn Bhd (PRPC Polymers) and PRPC Utilities & Facilities Sdn Bhd (PRPC UF).

Kontrak CCTD itu juga menandakan satu mercu tanda baharu dalam pengurusan sisa berbahaya di Malaysia, sekali gus melengkapi pembangunan PIC.

Ia juga menunjukkan komitmen berterusan KA untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam penyelesaian alam sekitar, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kontrak itu juga menandakan kesungguhan PETRONAS untuk menyediakan orang awam serta kawasan sekitar pembangunan PIC dengan penjagaan terhadap alam sekitar yang mana ia mengatur lebih awal rawatan dan pelupusan sisa berjadual yang akan mematuhi undang-undang Malaysia dan amalan industri antarabangsa.

Kontrak itu juga menyediakan peluang bagi penyertaan tempatan dalam pembangunan PIC.

Berita Harian X