Khamis, 12 Januari 2017 | 10:55am

Harga minyak turun akibat peningkatan inventori AS

SINGAPURA: Harga minyak turun hari ini berikutan kenaikan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan lebihan bekalan, di sebalik pemotongan keluaran daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) dan pengeluar lain.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS diniagakan pada AS$52.18 setong pada 0141 GMT, turun tujuh cent daripada penutupan semalam.

Harga minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa diniagakan pada AS$55.06 setong pada 0130 GMT, naik 13 cent.

Harga untuk niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, berada pada AS$55.06 setong, turun 4 cent.

Peniaga berkata, laporan inventori minyak mentah yang diterbitkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) semalam menyatakan lebihan bekalan berterusan akibat inventori tanpa diduga meningkat sebanyak 4.1 juta tong kepada 483.110.000 setong.

"Data EIA menunjukkan jumlah penapisan minyak diproses AS meningkat, menunjukkan kadar penggunaan yang tertinggi sejak September. Ini menyaksikan inventori meningkat, lebih daripada jangkaan pasaran," kata peniaga. - Reuters

Berita Harian X