Jumaat, 23 Disember 2016 | 4:53pm

Tesco Malaysia diiktiraf peruncit paling popular

KUALA LUMPUR: Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia), pengendali pasar raya besar menerima anugerah Peruncit Paling Kerap Dilawati Malaysia 2016 daripada KANTAR Worldpanel.

Anugerah itu disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif TescoMalaysia, Paul Ritchie oleh Pengarah Urusan Kantar Worldpanel, Howard Chang di Ibu Pejabat Tesco Malaysia di Bandar Menjalara, Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam majlis penyampaian anugerah ialah Pengarah Pelanggan Tesco Malaysia, Vivian Yap dan Pengarah Perkhidmatan Korporat Tesco Malaysia, Azliza Azmel. Kantar Worldpanel adalah pakar dalam mengkaji tingkah laku pelanggan global.

Kajian yang dilaksanakan KANTAR berdasarkan tingkah laku beli-belah ke atas 2,500 panel yang mewakili populasi isi rumah di Semenanjung Malaysia yang meliputi 126 kategori runcit tidak termasuk makanan basah, alkohol dan rokok.

Daripada semua peruncit yang dilawati panel pada 2016, Tesco berjaya menarik 35.5 juta orang di cawangan pasar raya besarnya dan mengungguli # 1 Paling Kerap Dilawati pada 2015 di Malaysia.

Mengulas mengenainya, Vivian berkata Tesco gembira kerana dipilih sebagai peruncit nombor satu di negara ini kerana kami sentiasa berusaha menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia.

"Anugerah ini membuktikan semua kerja keras dan dedikasi yang diberikan oleh semua rakan membuahkan hasil."

Tesco bersedia menawarkan promosi hebat bagi barangan keperluan manakala ganjaran kepada pelanggan menerusi baucar 'Syiok' yang boleh didapati dari 29 Disember 2016 sehingga 14 Januari 2017.

Awal tahun ini, Tesco Malaysia melancarkan kempen pemotongan harga untuk tempoh lama dengan pelaburan berskala besar sehingga RM90 juta.

INFO: Tesco Malaysia

* Syarikat usaha sama antara Tesco PLC dan Sime Darby Bhd

* Ditubuhkan pada Mei 2002

* Miliki 8,000 pekerja dan mengendalikan 56 cawangan di Semenanjung Malaysia

Berita Harian X