Isnin, 19 Disember 2016 | 12:04pm
AKIHIRO Nakao (kiri) dan Adenan pada majlis memeterai dua kerjasama strategik di Kuala Lumpur hari ini.
AKIHIRO Nakao (kiri) dan Adenan pada majlis memeterai dua kerjasama strategik di Kuala Lumpur hari ini.

Kenedix Inc beli REIT milik Amanah Raya bernilai RM91j

KUALA LUMPUR: Amanah Raya Bhd (ARB) memeterai dua kerjasama strategik dengan Kenedix Inc, pengurus dana terkemuka Jepun bagi pengambilalihan REIT bernilai RM91 juta.

Perjanjian pertama menyaksikan ARB menjual 85,982,979 unit AmanahRaya REIT atau 15 peratus daripada keseluruhan pegangannya kepada Kenedix bernilai RM85.98 juta.

Perjanjian kedua menyaksikan ARB menjual 735,000 saham biasa atau 49 peratus pegangan dalam AmanahRaya REIT Managers Sdn Bhd bernilai RM5.15 juta pada pertimbangan RM7 sesaham kepada syarikat Jepun terbabit.

Hasil pengambilalihan terbaharu itu, ARB kekal dengan pegangan terbesar Amanah Raya REIT Managers menerusi pemilikan baki 51 peratus.

Kerjasama strategik itu dimeterai oleh Pengarah Urusan Kumpulan ARB, Adenan Md Yusof dan Presiden Kenedix Asia Pte Ltd, Akihiro Nakao yang mewakili KDA Capital Malaysia Sdn Bhd.

Berita Harian X