Rabu, 7 Disember 2016 | 7:12pm

DNC pasang MV Augusta di Malaysia

PENGURUS Far Fast Country MV Agusta Motor SPA, Judah Sangaran (kiri) menukar memorendum antara Pengarah Eksekutif DNC Asiatic Holdings, Hu Ying (dua kiri) diperhatikan olah Pengarah Urusan Moto Varese Asiatic Sdn Bhd, Muhamad Zamry Abu Samah (kanan) sambil diiringi oleh Pesuruhjaya Perdagangan, Suruhanjaya Perdagangan Itali ke Malaysia, Dr. Samuele Porsia (dua kanan) sempena Majlis menandatangani perjanjian MV Agusta Motor di Demak DNC Asiatic Holding Sdn Bhd. - Foto Shazreen Zamzuri

KUALA LANGAT: DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd (DNC) memeterai perjanjian dengan syarikat MV Agusta SPA (MV Augusta), untuk memasang dan mengedar motosikal berkuasa tinggi jenama Itali itu di negara ini.

Pengarah Urusan DNC, Hu Ying, berkata perjanjian itu adalah langkah penting untuk menjadikan DNC sebagai salah satu peserta utama dalam industri motosikal antarabangsa. 

"Syarikat kami menjadi pengedar tunggal MV Augusta di negara ini dan anak syarikat DNC, iaitu Moto Varese Sdn Bhd dilantik untuk menjual serta mempromosikan jenama ini di seluruh negara. 

"Perjanjian ini secara tidak langsung akan turut menjadi platform pembelajaran teknikal dan reka bentuk unggul kepada anak syarikat kami, iaitu Demak Motor Sdn Bhd ," katanya pada sidang media sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Pengedaran antara DNC dan MV Augusta di sini, hari ini.

Pada majlis itu DNC diwakili Hu Ying dan Moto Varese Asiatic Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Zamry Abu Samah, sementara MV Agusta diwakili Pengurus Negara Timurnya, Judah Sangaran.    

Sangaran berkata, pihaknya yakin jenama terkenal Itali itu akan mendapat sambutan serta lebih kerap di lihat di atas jalan raya, apabila mula berada di pasaran awal tahun 2017.

Sementara itu, Muhamad Zambry berkata, sebuah bilik pameran eksklusif baharu yang lengkap dengan pusat 3S akan dibuka di Batu Caves, pada suku pertama tahun hadapan.

"Pembeli yang menempah dalam tempoh terdekat akan memperoleh motosikal mereka dalam tempoh tiga bulan," katanya.

INFO:

3 model MV Agusta yang akan dipasang dan diedarkan

- Brutale 800

- Brutale 1090

- Turismo Veloce

Berita Harian X