Jumaat, 18 November 2016 | 5:20pm

Harga minyak terus jatuh berikutan pengukuhan dolar AS

SEOUL: Harga minyak jatuh hari ini berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), memberi harapan semula bahawa OPEC mungkin akhirnya bersetuju untuk memotong pengeluaran.

Niaga hadapan Brent jatuh 32 cents, atau 0.69 peratus, kepada AS$46.17 setong pada 0751 GMT.

Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) AS susut 47 cents, atau 1.06 peratus, pada AS$44.95 setong.

Pengukuhan dolar AS menjadikan minyak yang diniagakan dalam dolar, lebih mahal bagi pembelian menggunakan mata wang lain.

"Minyak diniagakan dalam jajaran (harga) semalaman, berikutan pengukuhan dolar bersandarkan keyakinan daripada kenyataan Menteri Tenaga Arab Saudi berhubung perjanjian pengurangan pengeluaran," kata Jeffrey Halley, penganalisis pasaran kanan di OANDA Singapura.

"Dengan dolar yang terus bertahan tinggi, dagangan minyak mentah di Asia sepatutnya lebih banyak hari ini berikutan peniaga dijangka akan mengurangkan dagangan pada hujung minggu ini," katanya.

Indeks dolar AS mencecah paras tertinggi dalam tempoh 13 setengah tahun susulan pengumuman Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen mengatakan ada kenaikan kadar faedah, tidak lama lagi.

Kenaikan itu dijangkakan berlaku pada Disember ini. - Reuters

Berita Harian X