Jumaat, 11 November 2016 | 10:12am

FBM KLCI turun enam mata kepada 1,646.74

KUALA LUMPUR: Pasaran Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka turun sedikit enam mata kepada 1,646.74 pagi ini selepas pelabur berhati-hati dalam dagangan menjelang pengumuman suku ketiga Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Bank Negara Malaysia lewat petang ini.

Prestasi itu menjejaki prestasi pasaran Asia lain selepas berdepan dengan pengukuhan dolar selepas pasaran menghadam keputusan pemilihan Presiden AS.

Pada jam 9.30 pagi, FBM-KLCI turun kepada 1,629.51 atau 23.23 mata dengan menyaksikan sebanyak 122 kaunter untung ditekan 374 kaunter rugi dan 166 kaunter tidak didagangkan di Bursa Malaysia.

Sepanjang tempoh itu, pasaran Malaysia mencecah paras tertinggi pada 1646.74, manakala paras terendah 1625.10.

Pendapatan pasaran meluas kepada 350.459 juta saham didagangkan bernilai RM249.316 juta.

Berita Harian X