Selasa, 8 November 2016 | 8:59pm

Malaysia Airlines lancar kempen gandakan mata Miles

MALAYSIA Airlines , Airbus A380 800 . - Foto NSTP
MALAYSIA Airlines , Airbus A380 800 . - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Program kesetiaan Malaysia Airlines, Enrich, menawarkan ahlinya menggandakan mata ganjaran Miles untuk laluan baharu, Pulau Pinang ke Kota Kinabalu dan Pulau Pinang ke Kuching.

Tawaran berkenaan bermula pada semalam hingga 7 Disember dan sah untuk perjalanan dari 18 November hingga 18 Januari 2017.

Ia membolehkan pelanggan setianya menikmati keunikan makanan di Pulau Mutiara, meneroka keindahan semula jadi Kuching dan kejernihan laut dalam di Kota Kinabalu.

Ketua Program Kesetiaan dan Enrich Malaysia Airlines, Khairul Nisa Ismail, berkata mengembara antara Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak lebih mudah dengan penerbangan terus kami dan kami berbesar hati melancarkan kempen gandakan mata Miles dengen pengenalan laluan baharu ini.

"Ia sekali gus memberi peluang kepada pelanggan kami untuk menerokai kekayaan dan keunikan yang ada di bandar berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bermula 1 November 2016, ahli Enrich memperoleh mata Miles lebih mudah dengan carta akruan baru.

Ahli Enrich kini memperoleh mata ganjaran lebih banyak apabila terbang terutama menerusi kelas perniagaan dan pertama. Ia termasuk tambang istimewa kelas perniagaan, dengan memperoleh mata ganjaran Miles sehingga 300 peratus bagi kelas pertama dan 200 peratus mata Miles bagi kelas perniagaan.

Info

* Daftar ahli Enrich dengan percuma

* Untuk menempah tiket, hubungi 1 300 88 3000 atau layari www.malaysiaairlines.com/my

Berita Harian X