Rabu, 2 November 2016 | 7:35pm

Harga minyak rendah heret turun ringgit

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, diheret turun akibat penurunan harga minyak mentah apabila pelabur mengambil pendirian berhati-hati menjelang pemilihan presiden AS pada 8 November.

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.1860/1900 berbanding dolar daripada 4.1790/1840 semalam.

Seorang peniaga berkata, harga minyak susut 10 peratus kepada paras terendah dalam tempoh sebulan hari ini, dengan harga hadapan minyak mentah Brent susut kepada AS$47.53 setong, manakala harga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate turun kepada AS$46.06 setong.

Beliau berkata, selain itu, penyusutan mata wang tempatan juga selari dengan prestasi lemah mata wang serantau.

Pada penutupan, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0154/0198 daripada 3.0056/0105 pada Selasa dan rendah berbanding yen kepada 4.0429/0479 berbanding 3.9823/9874.

Ringgit rendah berbanding pound British kepada 5.1341/1403 daripada 5.1151/1233 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.6389/6446 daripada 4.5940/5007 pada Selasa. - BERNAMA

Berita Harian X