Jumaat, 28 Oktober 2016 | 10:08am

Harga minyak jatuh sedikit

SINGAPURA: Harga minyak susut awal pagi ini berikutan kebimbangan sama ada OPEC mampu melaksana pelarasan pengeluaran minyak mentah bagi mengekang lebihan bekalan yang sedia berlaku dalam pasaran sejak dua tahun.

Niaga hadapan minyak Brent diniagakan pada AS$50.39 setong pada 0033 GMT, turun lapan cents daripada penutup terakhir.

Harga minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) susut lima cents pada AS$49.67 setong.

Peniaga berkata, terdapat keraguan yang ketara bahawa Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan dapat menyatukan ahlinya dengan bukan pengeluar OPEC, terutama Rusia, berhubung pemotongan ketara dalam output.

"Dengan situasi Iraq dan Iran mengatakan mereka tidak akan menjadi sebahagian daripada itu di atas pelbagai sebab, sementara Russia pula menyatakan tidak mengurangkan pengeluaran, Arab Saudi bertanggungjawab untuk menarik mana-mana perjanjian bersama itu," kata Jeffrey Halley, penganalisis pasaran kanan Oanda di Singapura.

Berita Harian X