Khamis, 27 Oktober 2016 | 8:48am

Harga minyak jatuh pagi ini

NEW YORK: Harga minyak susut lebih satu peratus selepas penyusutan mengejut dalam inventori minyak mentah AS, berikutan pedagang kekal berhati-hati berhubung kemampuan OPEC mengurangkan pengeluaran menjelang November.

Simpanan minyak mentah AS jatuh 553,000 tong minggu lalu, demikian menurut data Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS.

Brent jatuh 81 sen, atau 1.6 peratus, kepada AS$49.98 satu tong pagi ini. Ia jatuh serendah AS$49.65, terendah sejak 30 September.

West Texas Intermediate (WTI) pula jatuh 78 sen, atau 1.6 peratus, kepada AS$49.18. Ia mencecah paras terendah AS$48.87, terendah sejak 4 Oktober.

Iran, Libya, Nigeria dan Venezuela dijangka dikecualikan daripada rancangan pengurangan pengeluaran OPEC.

OPEC bercadang mengurangkan sekitar 700,000 tong sehari daripada anggaran lebihan 1.0 juta hingga 1.5 juta tong sehari.

Iraq sebelum ini berkata ia tidak akan mengambil bahagian, manakala Indonesia menyasar untuk meningkatkan pengeluaran.

Melainkan negara bukan OPEC Russia turut serta, beban mengurangkan pengeluaran akan terletak di bahu Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu UAE). - Reuters

Berita Harian X