Jumaat, 26 Ogos 2016 | 12:12pm

Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini disokong oleh kenaikan dalam saham mewah terpilih seperti TNB, Maybank dan kaunter telekomunikasi, kata peniaga.

Pada jam 11:02 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,681.52, naik 1.22 mata berbanding penutup semalam 1,682.06. Ia dibuka 4.89 mata lebih rendah pada 1,675.41.

Antara saham berwajaran tinggi, TNB menokok empat sen kepada RM14.78, Maybank naik tujuh sen kepada RM7.97, Axiata dan DiGi naik satu sen masing-masing kepada RM5.50 dan RM5.03, serta Maxis menambah lima sen kepada RM6.33.

Indeks FBM Emas naik 13.65 mata kepada 11,789.25, Indeks FBMT100 mengukuh 12.95 mata kepada 11,502.44, namun Indeks Syariah FBM Emas susut 2.04 mata pada 12,416.1.

FBM Ace melonjak 45.68 mata kepada 5,350.46 dan FBM 70 meningkat 31.91 mata kepada 13,556.74.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 19.89 mata kepada 14,435.34, Indeks Perladangan 13.39 mata lebih tinggi pada 7,809.14 dan Indeks Perusahaan meningkat empat mata kepada 3,156.99.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 279-258 manakala 350 kaunter tidak berubah, 817 tidak diniagakan dan 57 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 519.030.000 saham bernilai RM370.38 juta.

Di kalangan saham aktif, AirAsia meningkat satu sen kepada 40.5 sen, Censof menambah tiga sen kepada 24.5 sen, Vivocom naik setengah sen kepada 7.5 sen, AirAsia meningkat 13 sen kepada RM2.99 manakala DBE Gurney susut setengah sen kepada lima sen. - BERNAMA

Berita Harian X