Khamis, 18 Ogos 2016 | 11:01am

Brent diniagakan AS$49.67 setong pada hari ini

SINGAPURA: Harga minyak susut pada awal dagangan selepas prospek pengeluaran Arab Saudi rekod memberi kesan kepada pasaran dan peniaga mengambil untung susulan kenaikan harga bulan ini hampir 20 peratus.

Niaga hadapan antarabangsa minyak mentah Brent diniagakan kepada AS$49.67 setong pada 0050 GMT, susut 18 cent dari penutup terakhir.

Peniaga berkata kejatuhan harga disebabkan aktiviti pengambilan untung susulan rali kukuh bulan ini dan peniaga mengambil langkah selepas prospek pengeluaran yang mencatat rekod daripada pengeksport utama Arab Saudi.

Arab Saudi memberi isyarat ia akan meningkatkan bekalan minyak mentah pada Ogos, lebih tinggi dari rekod 10.67 juta tong sehari yang dicatatkan pada Julai, selepas ia bersedia untuk sesi rundingan sukar bulan depan untuk pakatan pembekuan pengeluaran global.

Namun, harga kekal 20 peratus lebih tinggi pada awal Ogos dan mencapai hampir AS$50 setong pada hari sebelumnya, disokong potensi pembekuan. - Reuters

Berita Harian X