Ahad, 26 Jun 2016 | 8:42pm
KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Naib Presiden Eksekutif, Md Arif Mahmood dan Naib Presiden Kanan, Ir Dr Colin Wong Hee Huiing bergambar bersama ketika ketibaan kolum proses propylene fractionator tertinggi dan terberat bagi kemudahan pemecah wap untuk Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Pengerang, Johor. - Foto BERNAMA

PETRONAS terima propylene fractionator

 KOLUM proses propylene fractionator tertinggi dan terberat bagi kemudahan pemecah wap tiba di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Pengerang, Johor.
KOLUM proses propylene fractionator tertinggi dan terberat bagi kemudahan pemecah wap tiba di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Pengerang, Johor.

KUALA LUMPUR: PETRONAS menerima kolum proses propylene fractionator tertinggi dan terberat bagi kemudahan pemecah wap untuk Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Pengerang, Johor.

Naib Presiden Kanan PETRONAS dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd (PRPC), Ir Dr Colin Wong Hee Huing, berkata ketibaan peralatan canggih itu menandakan pencapaian utama syarikat dan lengkapnya pembangunan keseluruhan PIC.

"Propylene fractionator kami adalah pertama kali terdapat di Malaysia dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai kolum proses terbesar dan tertinggi di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

PIC adalah adalah kemudahan berskala mega, pembangunan kompleks tinggi yang merangkumi 23 loji proses penapisan, pemecah wap, petrokimia, dan kemudahan bersekutu. Projek itu memasuki fasa pembinaan dan ia berjalan seperti yang dijadualkan.

"Kami yakin dapat menyiapkan projek ini dalam tempoh masa agak singkat iaitu 52 bulan daripada Keputusan Pelaburan Akhir (FID) kami pada April 2014.

"Kami kini berada pada pertengahan jadual projek dan berada pada landasan tepat untuk beroperasi sepenuhnya pada suku pertama 2019," kata Hee Huing.

Kolum proses itu menempuh perjalanan laut selama lapan hari menggunakan kapal Jumbo Maritime yang dikendalikan MV Fairmaster dari Hyundai Mipo Dockyard di Korea Selatan, sebelum tiba di pelabuhan Material Offloading Facility (MOLF) di Tanjung Setapa, Johor.

Kapal itu turut membawa propylene fractionator berskala kecil dan ethylene fractionator.

Ketiga-tiga kolum proses adalah sebahagian daripada struktur utama bagi kompleks pemecah wap PIC yang akan dibina oleh firma konsortium, Toyo Engineering Corporation dan Toyo Engineering & Construction Sdn Bhd.

Antara yang hadir menerima peralatan berteknologi terkini itu kelmarin ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Naib Presiden Eksekutif dan CEO Hiliran PETRONAS, Md Arif Mahmood; dan Pegawai Eksekutif Kanan Toyo Engineering Corporation, Shoji Koshikawa.

Turut hadir, Pengarah Operasi Malaysia Book of Records, Christopher Wong Hong Wai.

Berita Harian X