Isnin, 13 Jun 2016 | 11:58am

Boon Siew Honda lancar RS150R

RS150R dijangka boleh didapati di pengedar sah bermula Ogos ini yang dijual pada harga bermula antara RM8,213.94 hingga RM8,372.94 termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).
RS150R dijangka boleh didapati di pengedar sah bermula Ogos ini yang dijual pada harga bermula antara RM8,213.94 hingga RM8,372.94 termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).

KUALA LUMPUR: ‎Boon Siew Honda Sdn Bhd melancarkan motosikal terbaharu kategori cub yang menggunakan enjin 150cc pertamanya dikenali RS150R.

RS150R dijangka boleh didapati di pengedar sah bermula Ogos ini yang dijual pada harga bermula antara RM8,213.94 hingga RM8,372.94 termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).

‎Ia dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Nobuhide Nagata di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Operasi Honda Motor yang juga Ketua Pegawai Operasi bagi Operasi Motosikal, Shinji Aoyama; dan Ketua Pegawai Operasi bagi Rantau Asia dan Oceania Honda Motor, Noriaki Abe.

RS150R dilengkapi enjin DOHC 150cc satu silinder dengan sistem penyejukan cecair dan dipadankan kotak gear enam kelajuan.

Ia menawarkan kuasa maksimum 15.6PS pada 9,000rpm dengan tork setinggi 13.5Nm pada 6,500rpm. 

Jentera itu ditawarkan dalam dua varian dengan empat warna iaitu merah, biru, hitam serta gaya corak grafik Repsol.

Berita Harian X