Selasa, 17 Mei 2016 | 10:46am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

Minyak mentah Brent susut kepada AS$48.95 hari ini

TOKYO: Niaga hadapan minyak mentah menghampiri paras tertinggi enam bulan pada awal dagangan di Asia dengan pasaran memberi tumpuan kepada gangguan bekalan di mana Goldman Sachs mengeluarkan penilaian bulis mengenai harga jangka masa dekat.

Niaga hadapan minyak mentah meningkat hampir sepanjang dua minggu lalu berikutan gangguan di Nigeria, Venezuela dan beberapa negara lain, kejatuhan pengeluaran AS dan aliran masuk hampir terhenti bagi minyak mentah Kanada selepas kebakaran hutan di rantau minyak Alberta.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) naik lima cents kepada AS$47.77 setong pada 0019 GMT.

Ia meningkat sebanyak AS$1.51, atau 3.3 peratus untuk ditutup kepada AS$47.72 selepas mencapai paras tinggi enam bulan pada Isnin.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut dua cents kepada AS$48.95 setong selepas meningkat sedikit ketika dagangan dibuka.

Kontrak ditutup AS$1.14, atau 2.4 peratus kepada AS$48.97 setong pada Isnin, dengan ia sudah meningkat melepasi paras AS$49 pada sesi awal.

Gangguan bekalan mencetuskan 'U-turn' dalam unjuran Goldman Sachs bagi pasaran minyak dengan firma itu sebelum ini sudah memberi amaran mengenai simpanan global yang mencapai kapasiti dan satu lagi kejatuhan harga hingga serendah AS$20 setong. - Reuters

Berita Harian X