Khamis, 12 Mei 2016 | 9:41am

PIC semakin hampir menjadi menjadi kenyataan

Kontrak loji PP pula ditandatangani oleh Wong; Nur Iskandar; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Huanqiu Contracting & Engineering Corporation, Wong Xinge ; Naib Presiden dan Pengarah Urusan Huanqiu Contracting & Engineering Corporation, Fu Zhenqi ; Naib Presiden Komersial dan Pembangunan Perniagaan Tecnimont SpA, Giovanni Sale; serta Ketua Pegawai Eksekutif Tecnimont SpA, Pierroberto Folgiero. - Foto NSTP
Kontrak loji PP pula ditandatangani oleh Wong; Nur Iskandar; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Huanqiu Contracting & Engineering Corporation, Wong Xinge ; Naib Presiden dan Pengarah Urusan Huanqiu Contracting & Engineering Corporation, Fu Zhenqi ; Naib Presiden Komersial dan Pembangunan Perniagaan Tecnimont SpA, Giovanni Sale; serta Ketua Pegawai Eksekutif Tecnimont SpA, Pierroberto Folgiero. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: PETRONAS semakin hampir merealisasikan pembangunan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Pengerang, Johor, susulan pemeteraian tiga perjanjian kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk loji petrokimia PIC.

Menurut syarikat petroleum nasional itu, dua kontrak EPCC ditandatangani antara PETRONAS dan konsortium Samsung Engineering Co Ltd, Samsung C&T Corporation dan Samsung Engineering (M) Sdn Bhd bagi pembinaan loji polietilena berketumpatan rendah linear (LLDPE) dan loji glikol etilena oksida etilena (EOEG).

Satu lagi kontrak EPCC ditandatangani oleh PETRONAS dengan konsortium Tecnimont SpA, Huanqiu Contracting & Engineering Corporation, TECNIMONTHQC Sdn Bhd dan TecnimontHQC S.c.a.r.l. untuk loji polypropylene (PP).

"Kedua-dua konsortium berkenaan menerima surat penganugerahan kontrak masing-masing (LOA) daripada PRPC Polymers Sdn Bhd untuk pembinaan kilang LLDPE dan PP, manakala PRPC Glycols Sdn Bhd menerima LOA untuk pembinaan kilang EOEG akhir tahun lalu," kata PETRONAS dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, ketiga-tiga kilang berkenaan dijangka siap pada awal tahun 2019.

Apabila siap, loji LLDPE akan dapat menghasilkan 350,000 tan setahun (MTPA) LLDPE, loji EOEG mengeluarkan 740,000 mtpa daripada Monoethylene Glycol (MEG) dan loji PP menghasilkan 900,000 mtpa daripada homopolimer dan kopolimer polipropilena.

Kontrak terbabit ditandatangani pada satu majlis di Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur.

Bagi kontrak LLDPE dan EOEG, ia ditandatangani oleh Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif PRPC PETRONAS, Ir Dr Colin Wong; Pengarah Projek Petchem, PRPC, Datuk Nur Iskandar Abdul Samad; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Bahagian Pemasaran, Samsung Engineering Co Ltd, Jae-Hoon Choi; Pengarah Urusan Samsung Engineering (M) Sdn Bhd), Sung-Il Hong; serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Engineering Co Ltd, Choong-Heum Park.

Kontrak loji PP pula ditandatangani oleh Wong; Nur Iskandar; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Huanqiu Contracting & Engineering Corporation, Wong Xinge; Naib Presiden dan Pengarah Urusan Huanqiu Contracting & Engineering Corporation, Fu Zhenqi; Naib Presiden Komersial dan Pembangunan Perniagaan Tecnimont SpA, Giovanni Sale; serta Ketua Pegawai Eksekutif Tecnimont SpA, Pierroberto Folgiero.

Berita Harian X