Selasa, 10 Mei 2016 | 7:03pm

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini bagi hari keenam berturut-turut, dipengaruhi oleh harga minyak mentah yang lemah.

Pada jam 5 petang, ringgit berada pada 4.0470/0510 berbanding dolar AS daripada 4.0100/0160 pada Isnin.

Peniaga berkata, mata wang tempatan mengalami tekanan yang muncul semula memandangkan harga minyak mentah susut di bawah AS$44 setong.

Penganalisis penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga, berkata sentimen terhadap minyak masih tidak memberangsangkan dan, dengan prestasi lemah di bawah paras AS$44, penjual diberi peluang melaksanakan satu lagi pusingan penjualan besar-besaran untuk harga susut kepada $41.40.

"Daripada sudut pandangan teknikal, paras ketahanan sebelum ini pada AS$44 boleh berubah menjadi halangan dinamik bagi penyusutan mendadak kepada AS$41.40," katanya.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain kecuali yen.

Nota tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9579/9630 daripada 2.9384/9447 pada Isnin, bagaimanapun meningkat berbanding yen kepada 3.7135/7182 daripada 3.7178/7247.

Ringgit rendah berbanding euro kepada 4.6091/6153 daripada 4.5678/5762, dan lemah berbanding pound pada 5.8422/8496 daripada 5.7848/7959. - BERNAMA

Berita Harian X