Jumaat, 1 April 2016 | 9:59am

Bursa Malaysia dibuka mendatar

KUALA LUMPUR; Bursa Malaysia dibuka mendatar hari ini susulan pasaran serantau kebanyakannya lemah berikutan prestasi lemah Wall Street semalaman.

Pada jam 9:12 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.27 mata kepada 1,715.31 daripada penutup semalam sebanyak 1,717.58. Ia dibuka 2.22 mata lebih rendah pada 1,715.36.

Bagaimanapun, JF Apex Securities berkata, FBM KLCI dijangka berada di bawah tekanan jualan yang muncul akibat pengambilan untung dengan sokongan segera pada 1,700 mata berikutan prestasi senyap semalaman di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

"Pasaran AS berakhir lebih rendah pada hari Khamis menjelang laporan pekerjaan bulanan dikeluarkan pada hari Jumaat.

"Begitu juga, saham Eropah ditutup rendah kerana pelabur berhenti seketika untuk menunggu data pekerjaan utama yang dijadualkan dikeluarkan di AS," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

JF Apex Securities menambah, pasaran Asia akan dibuka bercampur-campur hari lebih menjelang pengeluaran data aktiviti kilang China.

Di Bursa Malaysia, saham untung dan rugi masing-masing sama pada 109, dengan 156 kaunter tidak berubah, 1,326 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 113.910.000 saham bernilai RM50.91 juta.

Antara saham berwajaran tinggi, TNB dan IHH Healthcare masing-masing naik empat sen kepada RM13.98 dan RM6.60, Maybank tidak berubah pada RM9.02 manakala Petronas Chemicals turun satu sen kepada RM6.70 dan Axiata turun dua sen kepada RM5.87.

Bagi saham aktif, Malaysian Bulk Carriers meningkat 2.5 sen kepada 80 sen, VSolar Group naik setengah sen kepada sembilan sen, Yen Global menokok 1.5 sen kepada 50.5 sen dan Inix Technologies susut setengah sen kepada 4.5 sen.

Indeks FBM Emas susut 15.33 mata kepada 11,905.45, Indeks FBMT100 susut 15.98 mata kepada 11,602.96 tetapi Indeks Syariah FBM Emas meningkat 1.28 mata kepada 12,499.59.

FBM Ace naik 7.47 mata kepada 5,644.45 tetapi FBM 70 adalah 20.60 mata lebih rendah pada 13,207.18.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 27.34 mata kepada 7,841.25, Indeks Kewangan menyerahkan 54.50 mata kepada 14,711.69 dan Indeks Perusahaan naik 3.37 mata kepada 3,280.27. - BERNAMA

Berita Harian X