Selasa, 23 Februari 2016 | 1:54pm

Pengeluar minyak timbang langkah kekang lebihan bekalan

HOUSTON: Pengeluar minyak terbesar dunia mungkin menimbang "langkah lain" untuk mengurangkan lebihan bekalan global yang berterusan jika urus niaga ketika ini bagi membekukan pengeluaran semasa kekal utuh untuk beberapa bulan, kata pegawai tertinggi Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Setiausaha Agung OPEC, Abdullah al-Badri, mengulangi kesediaan kumpulan untuk bekerjasama dengan pengeluar bukan anggota OPEC bagi menangani lebihan bekalan yang menjejaskan harga dengan jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih sedekad.

Beliau memberitahu persidangan IHS CERAWeek di Houston bahawa pakatan tentatif untuk membekukan output dicapai minggu lalu antara Arab Saudi, Russia, Venezuela dan Qatar adalah hanya permulaan.

Al-Badri mengakui OPEC tidak menjangkakan harga jatuh begitu mendadak sejak pertubuhan itu memutuskan pada akhir 2014 untuk tidak mengurangkan pengeluaran dalam menghadapi kenaikan bekalan global, didorong sebahagian besar oleh pertumbuhan pesat pengeluaran minyak syal AS.

"Kitaran ini adalah sangat teruk," kata Badri.

Beliau berkata, OPEC juga sudah mengadakan perbincangan dengan pengeluar utama lain termasuk Brazil, China, Oman dan Mexico mengenai kemungkinan membekukan pengeluaran.

Langkah lain boleh termasuk pengurangan pengeluaran.

"Marilah kita membekukan pengeluaran...Jika ini berjaya kita boleh melaksanakan langkah lain pada masa akan datang," kata Badri.

Pihak terbabit perlu menguruskan untuk mengehadkan tahap output selama tiga hingga empat bulan, katanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa apabila harga minyak pulih daripada paras semasa iaitu dalam pertengahan AS$30 setong kepada sekitar AS$60 setong, pengeluar syal akan mula menggali lagi, sekali gus akan mengehadkan peningkatan.

Pengeluaran global melebihi permintaan sebanyak dua juta tong sehari pada tahun lalu. Penurunan beransur-ansur dalam pengeluaran berikutan pelaburan yang lebih rendah dijangka mengimbangi pasaran pada awal 2017, demikian mengikut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).

Bagaimanapun, peningkatan besar dalam inventori minyak global, yang mana Badri berkata telah mencapai 350 juta tong, bermakna ia akan mengambil masa yang lama untuk harga kembali pulih.

Badri yakin bahawa OPEC mempunyai peranan penting dalam pasaran minyak global.

"Kami belum mati. Kami masih hidup dan hidup dan hidup untuk beberapa tahun dan lebih," katanya kepada wartawan.

Tetapi beliau menegaskan bahawa persefahaman antara OPEC dan pengeluar bukan OPEC semakin perlu untuk mengimbangi pasaran.

Bercakap di bilik yang penuh dengan beratus-ratus eksekutif minyak global, Badri berkata beliau bersedia untuk bercakap dengan pegawai AS mengenai kejatuhan harga minyak.

Katanya, kejatuhan harga lebih 70 peratus dalam tempoh 20 bulan, adalah tidak sama seperti sebelum kitaran meningkat-jatuh minyak.

"Saya tidak tahu bagaimana kita akan tinggal bersama. Jika harga akan meningkat pada 2017 atau 2018, rali harga akan dihadkan oleh minyak syal AS. Itu adalah perbezaannya kali ini," katanya.

Sebarang urusan mengenai pembekuan pengeluaran adalah sukar untuk dilaksanakan.

Iran yang berjanji untuk meningkatkan output secara mendadak sejak sekatan dihapuskan bulan lalu, belum lagi memeterai sebarang perjanjian, sekali gus menyaksikan pelaksanaannya dilihat tidak menentu.

Kejatuhan harga minyak semasa adalah lebih lama dan mendalam daripada kebanyakan profesional tenaga dan penganalisis jangkakan, tetapi beberapa pegawai juga bimbang bahawa pengurangan yang ketara dalam perbelanjaan modal - untuk dua tahun berturut-turut - risiko meninggalkan dunia pendek minyak mentah beberapa tahun akan datang.

"Ini adalah benih kepada harga yang sangat tinggi pada masa depan," katanya. - Reuters

Berita Harian X