Khamis, 31 Disember 2015 | 6:21pm

FBM KLCI ditutup lebih rendah berbanding tahun lalu

Sumber bursamalaysia.com
Sumber bursamalaysia.com

KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah mengakhiri dagangan pada hari terakhir tahun ini apabila mencatatkan penurunan 0.63 mata kepada 1,692.51.

Paras itu lebih rendah berbanding prestasi dagangan terakhir FBM KLCI tahun lalu pada 1,761.25, sekali gus menjadikannya sebagai tahun kedua berturut-turut FBM KLCI di tutup dalam rantau negatif.

Sepanjang dagangan hari ini, Bursa Malaysia bergerak pada paras tertinggi pada 1,697.430 dicatatkan dalam sesi dagangan pagi, disambung dagangan yang lebih perlahan pada sesi petang mencecah paras terendah harian pada 1,688.740.

Ketika ditutup pada jam 5 petang, sebanyak 409 kaunter untung, 419 kaunter rugi dan 359 kaunter pula didagangkan tidak berubah sepanjang dagangan Bursa Malaysia hari ini.

Sejumlah 1.347 bilion saham bertukar tangan dengan nilai mencecah RM1.332 bilion hari ini.

Berita Harian X