Isnin, 28 Disember 2015 | 8:41pm

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi hari ini, dipacu saham wajaran tinggi terpilih didahului SapuraKencana dan Petronas Dagangan berikutan aktiviti memperelok akaun pada akhir tahun.

Indeks penanda aras itu naik 7.22 mata kepada 1,670.73 selepas berlegar antara 1,658.8 dan 1,674.98 pada sepanjang hari dagangan.

SapuraKencana menokok 18 sen kepada RM1.99 manakala Petronas Dagangan menambah RM1 kepada RM25. Saham kedua-dua syarikat itu menyumbang 3.52 mata kepada indeks utama berkenaan.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank menokok sembilan sen kepada RM8.39, Axiata menambah dua sen kepada RM6.32, TNB dan Public Bank tidak berubah masing-masing pada RM13.20 dan RM18.38 manakala Petronas Chemicals merosot empat sen kepada RM7.15.

Dalam kalangan saham aktif, Kim Teck Cheong Consolidated naik tujuh sen kepada 38 sen, Comintel menokok sembilan sen kepada 83.5 sen, Instacom dan RGB International masing-masing meningkat setengah sen kepada 27.5 sen dan 19 sen.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 493 berbanding 418 manakala 320 kaunter tidak berubah, 539 tidak didagangkan dan 42 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.91 bilion saham bernilai RM1.72 bilion berbanding 1.63 bilion saham bernilai RM1.63 bilion, pada Rabu lepas.

Bursa tempatan itu ditutup pada Khamis dan Jumaat lepas berikutan cuti umum Maulidur Rasul dan perayaan Krismas.

Dagangan di bursa Asia pula kebanyakannya rendah akibat kekurangan petunjuk baharu.

Bursa Nikkei 225 di Jepun untung 0.56 peratus kepada 18,873.35 manakala Hang Seng Hong Kong turun 0.99 peratus kepada 21,919.62, Straits Times Singapura susut 0.16 peratus kepada 2,873.01 dan Indeks Komposit Shanghai di China jatuh 2.59 peratus kepada 3,533.79.

Indeks FBM Emas naik 46.38 mata kepada 11,674.09, Indeks FBMT100 menokok 44.36 mata kepada 11,346.81 adan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 53.66 mata kepada 12,659.44.

FBM 70 menokok 34.37 mata kepada 13,079.25 manakala FBM Ace juga naik 37.83 mata kepada 6,370.5.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan menambah 3.64 mata kepada 3,192.88, Indeks Kewangan naik 50.85 mata kepada 14,064.79 dan Indeks Perladangan susut 5.71 mata kepada 7,500.02.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik kepada 1.17 bilion unit bernilai RM1.54 bilion daripada 1.08 bilion unit bernilai RM1.52 bilion pada Rabu lepas.

Perolehan di Pasaran ACE meningkat kepada 471.19 juta saham bernilai RM134.28 juta daripada 312 juta saham bernilai RM74.85 juta, sebelum ini.

Waran bertambah kepada 267.93 juta unit bernilai RM38.03 juta daripada 236.01 juta unit bernilai RM43.32 juta.

Barangan pengguna menyumbang 101.64 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (294.74 juta), pembinaan (57.62 juta), perdagangan dan perkhidmatan (518.69 juta), teknologi (31.79 juta), infrastruktur (13.13 juta), SPAC (16.11 juta), kewangan (37.86 juta), hotel (72,200), hartanah (81.75 juta), perladangan (10.78 juta), perlombongan (1,000), REIT (4.66 juta) dan dana/tertutup (4,000). - BERNAMA

Berita Harian X