Selasa, 15 Disember 2015 | 1:57pm

Harga minyak global catat paras terendah 11 tahun

SINGAPURA: Harga minyak meneruskan aliran menurun untuk hari kelapan, selepas pelabur kekal bimbang berhubung lebihan bekalan global dan permintaan sederhana yang mengheret harga hampir paras 11 tahun rendah pada penutup sesi pagi, hari ini.

Penanda aras global, Brent, berada pada AS$37.74 pada 0440 GMT, susut 18 sen daripada penutup hari sebelumnya, selepas meningkat sedikit pada awal pagi tadi.

Kontrak Isnin susut kepada AS$36.33 setong, hanya beberapa sen lebih tinggi berbanding paras rendah AS$36.20 ketika krisis kewangan 2008.

Kejatuhan di bawah paras itu akan meletakkan Brent kepada harga yang tidak pernah dilihat sejak pertengahan 2004. Minyak Mentah AS pula berada pada AS$36.23, susut lapan sen.

Sentimen kurang memberangsangkan berkekalan berikutan keputusan OPEC pada awal bulan ini untuk tidak mengurangkan pengeluaran bagi kartel minyak itu dan kemungkinan peningkatan dalam bekalan Iran selepas sekatan ditamatkan.

Dengan OPEC membanjiri pasaran antarabangsa, sementara AS terus mengeluarkan minyak pada skala besar, menyaksikan premium Brent/WTI berkurangan separuh harga sejak minggu lalu kepada kira-kira AS$1.50 setong.

- Reuters

Berita Harian X