Isnin, 21 September 2015 | 2:03pm

Huawei bekerjasama dengan Melaka ICT tingkat iniasiatif bandar pintar

Timbalan Pengerusi Melaka ICT Holding Sdn Bhd, Datuk Wizan Abdul Ghani
Timbalan Pengerusi Melaka ICT Holding Sdn Bhd, Datuk Wizan Abdul Ghani

KUALA LUMPUR: Huawei Malaysia menandatangani nota persefahaman (NOU) dengan Melaka ICT Holdings mengenai teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) untuk menyumbang kepada inisiatif Bandar Pintar Malaysia.

"Infrastruktur ICT yang inovatif adalah asas kepada penstrukturan semula industri digital dan pembangunan jangka panjang dan mampan bagi Negara Pintar dengan hubungan yang lebih baik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Abraham Liu, dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dengan tumpuan yang kukuh kepada digital, Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi peneraju dalam inisiatif Negara Pintar yang mampan dalam ASEAN.

"Bandar Pintar dijangka menjadi satu lagi pencapaian Malaysia dalam pembangunan infrastruktur digital selepas kejayaan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi," kata Liu.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Melaka ICT Holding Sdn Bhd, Datuk Wizan Abdul Ghani, berkata inisiatif Bandar Pintar adalah sebahagian daripada pelan tindakan pembangunan infrastruktur teknologi dan ekonomi yang besar di Malaysia.

"Memanfaatkan kepakaran industri ICT Huawei, penyelesaian teknologi yang inovatif dan keselamatan yang canggih, kami ditubuhkan untuk berjaya dalam usaha ini," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X