Khamis, 10 September 2015 | 1:14pm

FHI kini dalam program Enrich

KUALA LUMPUR: Enrich, program kesetiaan Malaysia Airlines, menyambut rakan hotel terbaharunya, Federal Hotels International (FHI) Group of Hotels, untuk memberi ruang kepada ahli Enrich syarikat penerbangan itu mengutip mata perbatuan.

"Usaha sama ini membolehkan kami untuk menambah manfaat perbatuan kepada ahli Enrich apabila mereka menginap di FHI Hotels," kata Ketua Program Enrich & Kesetiaan Malaysia Airlines, Khairul Nisa Ismail.

Ahli Enrich boleh menebus perbatuan Enrich masing-masing dengan melayari www.enrich.malaysiaairlines.com, menghubungi Pusat Panggilan 24 jam Malaysia Airlines di 1 300 88 3000 atau mengunjungi mana-mana pejabat tiket Malaysia Airlines.

- BERNAMA

Berita Harian X