Selasa, 1 September 2015 | 10:07am

Ringgit dibuka tinggi, 4.1500 bagi AS$1

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini didorong peningkatan permintaan terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada jam 9.17 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1500/1600 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.1950/1050.

Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain. Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9437/9514 daripada 2.9877/9969 Jumaat lalu dan tinggi berbanding yen pada 3.4272/4366 daripada 3.4721/4812 minggu lalu.

Ringgit juga naik berbanding pound sterling pada 6.3810/3968 daripada 6.4561/4732 pada Jumaat dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6625/6754 daripada 4.7349/7470 sebelumnya. - BERNAMA

Berita Harian X