Selasa, 3 March 2015 | 10:59am

Saham KL tinggi dengan minat belian baharu

 Saham di Bursa Malaysia agak tinggi pagi ini dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.54 mata kepada 1,745.59 selepas dibuka naik 1.37 mata pada 1,745.42. - Foto hiasan
Saham di Bursa Malaysia agak tinggi pagi ini dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.54 mata kepada 1,745.59 selepas dibuka naik 1.37 mata pada 1,745.42. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Saham KL melantun pagi ini didorong minat belian baharu, kata wakil peniaga.

Menjelang jam 10.30 pagi, penanda aras pasaran FBM KLCI pada 1,819.44 naik 2.31 mata dengan sejumlah 274 kaunter untung, 268 rugi dan 318 kaunter tidak berubah.

Jumlah dagangan sebanyak 812.425 juta saham bernilai RM485.502 juta.

Pada pembukaan hari ini, indeks utama itu dibuka naik 3.30 mata pada 1,820.43 mata.

Maybank Investment Bank mengunjurkan belian kecil-kecilan akan menyediakan sokongan untuk FBM KLCI berada pada 1,790 dan 1,812 mata manakala paras rintangan akan berada pada antara 1,817 dan 1,831 mata.

Indeks turun naik selepas jualan besar-besara dana asing sejak November sehingga mencecah ke paras terendah baharu 1,671.82 pada 17 Disember. Lantunan daripada tahap terendah itu terhenti setakat 1,831.41.

"Mengambil kira keadaan tidak menentu Dow Jones, adalah lebih baik untuk masuk pasaran dalam jeda FBM KLCI antara paras sokongan dan rintangan berkenaan," kata firma itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Antara kaunter aktif hari ini termasuk Privasia yang naik dua sen kepada 22.3 sen, Wintoni dan Diversified Gateway masing-masing naik setengah sen kepada 25 sen dan 13 sen manakala Nova MSC naik satu sen kepada 17.5 sen. - BERNAMA

Berita Harian X