Rabu, 21 Januari 2015 | 11:45am

666,465 kenderaan dijual sepanjang 2014 - MAA

PETALING JAYA: Jualan kenderaan pada 2014 meningkat 1.6 peratus kepada 666,465 unit berbanding 655,793 unit tahun sebelumnya.

Jumlah itu adalah rekod tertinggi pernah dicatatkan industri automotif tempatan.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata kadar pertumbuhan itu bagaimanapun lebih rendah berbanding pertumbuhan yang dicatat dua tahun lalu.

Jumlah pendaftaran kenderaan penumpang meningkat 2.0 peratus kepada 588,341 unit pada 2014 berbanding 576,657 unit pada 2013.

Namun pendaftaran kenderaan komersial jatuh 1.3 peratus kepada 78,124 unit berbanding 79,136 unit.

Berita Harian X