Jumaat, 31 Oktober 2014 | 6:25pm

Saham KL ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Sentimen optimistik daripada kenaikan semalaman di Wall Street membantu Malaysia ditutup tinggi hari ini, dengan semua indeks mencatatkan pergerakan positif.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras tertinggi harian pada 1,855.15, naik 12.37 mata, selepas mencecah paras terendah harian pada 1,842.17.

Suasana pasaran sangat positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 663 berbanding 248, manakala 275 kaunter tidak berubah, 469 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.75 bilion saham bernilai RM2.4 bilion daripada 1.87 bilion saham bernilai RM2.15 bilion yang dicatatkan semalam.

Saham berkaitan pengguna adalah antara kaunter untung utama, dengan British American Tobacco meningkat 54 sen kepada RM69.50 dan Nestle melonjak 50 sen kepada RM68.50.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.70, Tenaga Nasional naik 26 sen kepada RM13.36 dan Public Bank turun 4.0 sen kepada RM18.54.

Dalam kalangan kaunter cergas, Censof meningkat 6.0 sen kepada 61.5 sen, Dagang Nexchange naik 1.0 sen kepada 38 sen dan Berjaya Corporation menokok 2.0 sen kepada 51 sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas meningkat 93.62 mata kepada 12,882.89, Indeks FBMT100 naik 89.2 mata kepada 12,517.22, dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 118.1 mata kepada 13,346.37.

FBM 70 naik 122.43 mata kepada 14,133.01, FBM Ace meningkat 42.31 mata kepada 6,586.03, Indeks Kewangan menokok 35.26 mata kepada 16,826.53 dan Indeks Perusahaan menambah 51.2 mata kepada 3,279.4.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.03 bilion unit bernilai RM2.22 bilion daripada 1.34 bilion unit bernilai RM1.99 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 637.79 juta saham bernilai RM168.54 juta daripada 438.58 juta saham bernilai RM140.97 juta pada Khamis.

Waran turun kepada 77.8 juta bernilai RM9.4 juta daripada 84.65 juta bernilai RM10.51 juta sebelumnya. Barangan pengguna menyumbang 171.14 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (233.33 juta), pembinaan (62.4 juta), perdagangan dan perkhidmatan (930.26 juta), teknologi (397.08 juta), prasarana (18.08 juta), SPAC (47.89 juta), finance (46.37 juta), hotel (938,700), hartanah (100.58 juta), perladangan (23.52 juta), perlombongan (10,600), REITs (8.7 juta) dandana tertutup (12,400). - BERNAMA

Berita Harian X