Jumaat, 24 Oktober 2014 | 2:57pm

Saham KL naik sedikit pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup tinggi sedikit berikutan minat belian sederhana apabila kebanyakan pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang hujung minggu, kata peniaga.

Pelabur juga memberi reaksi kepada prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur, kata peniaga sambil menambah terdapat tekanan jualan daripada pengurus dana susulan kenaikan kukuh semalam.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,811.90, naik 1.22 mata.

Di papan skor, Indeks FBM Emas naik 23.33 mata kepada 12,592.78, Indeks FBMT100 meningkat 17.24 mata kepada 12,240.73, dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 43.921 mata kepada 12,948.69.

FBM 70 meningkat 53.72 mata kepada 13,879.02 dan FBMACE naik 64.11 mata kepada 6,278.91.

Indeks Kewangan menokok 1.85 mata kepada 16,670.1, Indeks Perladangan naik 118.38 mata kepada 8,129.32 dan Indeks Perusahaan menambah 3.48 mata kepada 3,150.86.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 491 berbanding 227, manakala 270 kaunter tidak berubah, 652 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.05 bilion saham bernilai RM813.85 juta.

Dalam kalangan saham cergas, Malaysian Airline System Bhd (MAS) tidak berubah pada 25.5 sen, IFCA MSC naik 5.5 sen kepada 55.5 sen dan Sumatec susut setengah sen kepada 33.5 sen.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan TNB turun dua sen masing-masing kepada RM9.74 dan RM12.84 manakala Public Bank meningkat dua sen kepada RM18.64. - BERNAMA

Berita Harian X