Jumaat, 17 Oktober 2014 | 5:43pm

MIDA tidak pernah diskriminasi Pulau Pinang

GEORGETOWN: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) tidak pernah mendiskriminasi mana-mana negeri dalam usaha untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan termasuk Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Phang Ah Tong, berkata kerajaan sentiasa bersikap adil dalam menggalakkan pelaburan dan meluluskan geran atau insentif.

Kerajaan sudah melancarkan Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF) untuk syarikat tempatan pada Julai 2012 dan syarikat dari Pulau Pinang menerima 38 projek bernilai RM201 juta, daripada 118 projek yang diluluskan bernilai RM550 juta.

"Pulau Pinang masih kekal antara destinasi pelaburan terbaik di negara ini bagi pelabur asing terutama untuk industri elektronik, peralatan perubatan, jentera dan kelengkapan," katanya pada seminar "Peluang Pelaburan dalam Sektor Perkhidmatan" di sini hari ini.

Beliau berkata kelebihandi negeri wilayah utara, termasuk Pulau Pinang, ialah dalam sektor elektrik dan elektronik.

MIDA kini sedang mengusahakan pelan hala tuju kedua untuk meningkatkan sektor itu di wilayah utara.

Pulau Pinang kekal di tempat keempat dari segi pelaburan selepas Johor, Sarawak dan Pahang. - BERNAMA

Berita Harian X