Selasa, 26 Ogos 2014 | 2:05pm

WIEF ke-10 bincang pembentukan ekonomi Islam

KUALA LUMPUR: Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kali ke-10 yang akan diadakan di Dubai bermula 28 Oktober ini memfokuskan kepada pembentukan ekonomi Islam yang dianggarkan berjumlah AS$8 trilion (RM25.3 trilion).

Forum berkenaan dijangka dihadiri lebih 2,500 peserta daripada 140 negara dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Pengerusi Yayasan WIEF, Tun Musa Hitam, berkata forum kali ini memfokuskan tiga aspek pembangunan wakaf, pengekalan pekerja dan pemerkasaan wanita dalam sektor kerjaya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran WIEF ke-10 di sini, hari ini.

WIEF mula diperkenalkan 2005 dan tahun lalu diadakan di London, kali pertama di luar dunia Islam.

Berita Harian X