X
Jumaat, 22 Ogos 2014 | 8:49pm
PENGARAH Urusan Givi Asia Sdn. Bhd, On Hai Swee (kiri), Pengarah Pemasaran Kumpulan, Hendrika Visenzi dan Pengurus Operasi Luar Negara GIVI , Joseph Perucca mempamerkan variasi produk terbaru keluaran GIVI di Hotel Aloff, Kuala Lumpur. - Foto Saddam Yusoff
PENGARAH Urusan Givi Asia Sdn. Bhd, On Hai Swee (kiri), Pengarah Pemasaran Kumpulan, Hendrika Visenzi dan Pengurus Operasi Luar Negara GIVI , Joseph Perucca mempamerkan variasi produk terbaru keluaran GIVI di Hotel Aloff, Kuala Lumpur. - Foto Saddam Yusoff

Givi sasar 30 peratus pasaran menjelang 2016

KUALA LUMPUR: Givi, pengeluar aksesori motosikal menyasar menguasai hingga 30 peratus bahagian pasaran kotak simpanan pada motosikal dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengarah Urusan Givi Asia Sdn Bhd, On Hai Sweem, berkata syarikat yakin mencapai sasaran itu berdasarkan arah aliran pertumbuhan jualan yang pesat serta pelancaran dua model baharu.

Kotak simpanan ini mempunyai sistem kunci tunggal yang dijamin senang diguna serta berdaya tahan, katanya.

"Kotak simpanan ini adalah produk kami yang paling laris. Dengan ciri-ciri keselamatan pada produk, kami berharap dapat memenuhi kehendak penunggang motosikal di sini," katanya pada pelancaran produk itu, di sini hari ini.

Mengikut Ong, pada masa ini terdapat kira-kira lapan juta penunggang motosikal di Malaysia dan hampir dua juta daripadanya menggunakan kotak simpanan keluaran syarikat itu.

Katanya, kotak simpanan itu dibuat di kilang syarikat tersebut di Bukit Beruntung.

"Kotak simpanan ini akan dipasarkan bermula bulan depan dan akan dieksport ke pasaran ASEAN," katanya.

Givi mempunyai 400 rangkaian pengedar di seluruh negara.

Berita Harian X