Selasa, 23 September 2014 | 2:49pm
Seorang lelaki melihat serpihan sebuah pesawat kawalan jauh yang terhempas di menara komunikasi di Raqqa dalam serangan udara Amerika Syarikat dan negara sekutunya terhadap militan Negara Islam (IS) di Syria hari ini. - Foto REUTERS

30 anggota IS terbunuh dalam serangan udara Amerika, sekutu

BEIRUT: Amerika Syarikat dan sekutunya melancarkan sekurang-kurangnya 50 serangan udara terhadap sasaran mereka, kumpulan militan Negara Islam (IS) di wilayah Raqqa dan Deir al-Zor di Syria hari ini.

Badan pemantau peperangan di Syria berkata Barisan Nusra berkaitan al-Qaeda juga terkena serangan udara itu di timur laut Syria.

Rami Abdulrahman, yang mengendalikan Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, berkata sekurang-kurangnya 30 anggota militan IS terbunuh dalam serangan udara itu.

Katanya, kedudukan Barisan Nusra di wilayah Idlib dan Aleppo di timur laut Syria juga terkena bedilan dalam serangan udara itu.

Terdahulu Pentagon berkata Amerika Syarikat dan negara sekutunya melancarkan serangan udara terhadap IS di Syria. Lima negara Arab turut menyertai operasi berkenaan. - REUTERS

Berita Harian X