Jumaat, 19 September 2014 | 6:50pm

Dua askar Lubnan terbunuh dalam serangan di sempadan Syria

BEIRUT: Dua askar Lubnan terbunuh dalam serangan bom yang menyasarkan kenderaan tentera di sempadan Syria hari ini.

Menurut sumber keselamatan, tiga lagi askar cedera dalam serangan di bandar Arsal, di mana pemberontak berkaitan Negara Islam (IS) melakukan serangan di sempadan bulan lalu yang mencetuskan pertempuran selama lima hari.

Sumber keselamatan sebelum ini berkata kenderaan terbabit terkena bom tangan yang dilancarkan roket.

Anggota pemberontak itu kini menahan sekurang-kurangnya 15 askar Lubnan berikutan serangan Ogos lalu yang menandakan limpahan paling serius perang sivil Syria ke Lubnan.

Militan IS terbabit juga memenggal askar yang ditahan dalam serangan itu.

Militan Sunnah terbabit menuntut pembebasan anggota mereka yang ditahan di penjara Lubnan. - REUTERS

Berita Harian X