Rabu, 10 September 2014 | 9:15am

23 maut, 32 cedera dalam kemalangan bas di Haiti

PORT-AU-PRINCE, Haiti: Pihak berkuasa berkata kira-kira 23 orang maut dan 32 cedera dalam kemalangan bas di barat Port-au-Prince.

Natalia Lochard daripada Agensi Perlindungan Awam berkata bas terbabit terjunam masuk ke gaung selepas pemandunya hilang kawalan lewat semalam di bandar pantai Petit-Goave.

Katanya, bas berkenaan dalam perjalanan ke bandar Jeremie ketika kejadian itu berlaku. Mereka yang tercedera dibawa ke hospital oleh ambulans dan helikopter. -AP

Berita Harian X