Sabtu, 1 Julai 2017 | 10:26am

Guinea-Bissau gantung operasi televisyen, radio Portugal

BISSAU: Guinea-Bissau semalam, mengumumkan keputusan menggantung operasi televisyen dan radio Portugal, atas tuduhan negara itu gagal mematuhi perjanjian dua hala mengenai media.

Bagaimanapun, menurut sumber politik, tindakan itu diambil susulan krisis dalaman negara itu yang sudah berlanjutan sejak sekian lama.

Menteri Komunikasi Guinea-Bissau, Victor Pereira ketika mengumumkannya berkata: "Penggantungan itu berkuat kuasa hari ini hingga diberitahu kelak".

Katanya, tindakan itu diambil kerana Portugal gagal mematuhi perjanjian dua hal dengan Guinea-Bissau.

"Perjanjian itu sudah tamat sejak beberapa tahun lalu dan perlu dikaji semula sebelum tarikh luput yang akan kita tetapkan, iaitu 30 Jun.

"Kami sudah meminta supaya memorandum persefahaman itu dirombak sejak 14 tahun lalu, tetapi Portugal sering mengabaikan permintaan itu.

"Penggantungan itu hanya akan ditarik balik jika pihak berkuasa Portugal mahu merundingkan semula perjanjian itu," kata Pereira. - AFP

Berita Harian X