Rabu, 3 Disember 2014 | 5:43pm
RAKAMAN video yang disiarkan di internet bertarikh 5 Julai 2014 menunjukkan lelaki yang dipercayai pemimpin pergerakan Negara Islam (IS) Abu Bakr al-Baghdadi dikatakan membuat kemunculan sulung di tempat awam di sebuah masjid di tengah bandar Mosul, Iraq. - Foto Reuters

Iraq: Wanita yang ditahan Lubnan bukan isteri pemimpin IS

BAGHDAD: Iraq hari ini menafikan bahawa wanita yang ditahan di Lubnan adalah isteri kepada pemimpin kumpulan Negara Islam (IS), Abu Bkr al-Baghdadi.

Penafian hari ini dibuat selepas pihak berkuasa Lubnan semalam berkata mereka menahan seorang wanita dipercayai isteri al-Baghdadi. Mereka berkata wanita itu ditahan ketika melakukan perjalanan dengan menggunakan dokumen palsu dan wanita itu sendiri mengaku sebagai isteri pemimpin IS terbabit.

Jurucakap Menteri Dalam Negeri, Saad Maan Ibrahim berkata wanita terbabit adalah Saja Abdul Hamid al-Dulaimi, warga Iraq yang dalam perjalanan ke Syria sebelum tiba di Lubnan.

Ibrahim berkata dia adalah kakak kepada Omar Abdul Hamid al-Dulaimi, yang ditahan di Iraq kerana disyaki pengganas.

Ibrahim berkata al-Baghdadi mempunyai dua isteri dan tiada seorang pun bernama al-Dulaimi. - AP

Berita Harian X