Selasa, 2 Disember 2014 | 9:04am
Orang ramai melihat banjir kilat yang melanda kawasan Agadir di selatan Maghribi sejak beberapa hari lalu. - Foto AFP

11 maut dalam ribut di Maghribi

RABAT: Banjir yang berlaku berikutan hujan lebat mengorbankan 11 orang di Maghribi, seminggu selepas ribut mengakibatkan 36 orang maut, lapor sebuah stesen televisyen di sini.

Ribut melanda selatan Maghribi, manakala kawasan peranginan Agadir mengalami kadar penurunan hujan sama banyak dengan hujan selama setahun - lebih 250 milimeter antara Jumaat dan Ahad lalu.

Cuaca buruk itu, yang akhirnya reda semalam, menyebabkan sungai melimpah mengakibatkan banyak kerosakan, terutama di Guelmin, kira-kira 200 kilometer dari Agadir yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana.

Stesen televisyen 2M memetik sumber kerajaan sebagai berkata, ribut itu mengorbankan 11 orang.

Laporan awal menyatakan tujuh orang maut dalam kejadian itu. - AFP

Berita Harian X