Rabu, 14 Jun 2017 | 6:38pm

Enam maut dalam kebakaran pangsapuri

BLOK menara pangsapuri, Grenfell Tower terbakar. - Foto REUTERS
BLOK menara pangsapuri, Grenfell Tower terbakar. - Foto REUTERS

LONDON: Enam disahkan maut dalam kebakaran besar di blok menara pangsapuri, Grenfell Tower, dan angka korban dijangka meningkat, kata polis hari ini.

Bangunan 24 tingkat di tengah kota raya London itu dijilat api awal pagi ini. Lebih 50 cedera dan beberapa penghuni terperangkap di dalamnya.

"Kami mengesahkan enam kematian setakat ini susulan kebakaran di North Kensington.

"Keadaan masih terlalu awal dan kami menjangkakan angka itu akan meningkat," kata Polis Metropolitan London dalam kenyataan. - Reuters

Berita Harian X