Khamis, 1 Jun 2017 | 6:49am

Pengasas media propaganda Daesh maut

BEIRUT: Serangan udara tentera pakatan diterajui Amerika Syarikat berjaya membunuh pengasas media propaganda pengganas Daesh, Amaq di wilayah Deir al-Zor, timur Syria, kata saudara lelakinya menerusi Facebook.

Status itu memaklumkan, serangan berkenaan mengorbankan Rayyan Meshaal dan anak perempuannya di rumah mereka di bandar al-Mayadin.

Namun, Reuters tidak dapat mengesahkan sama ada Meshaal terbunuh. - Reuters

Berita Harian X