Khamis, 18 Mei 2017 | 7:01pm

Penyanyi rock, Chris Cornell meninggal dunia

CHRIS Cornell. - Foto AP
CHRIS Cornell. - Foto AP

WASHINGTON: Penyanyi utama kumpulan Soundgarden, Chris Cornell meninggal dunia selepas mengadakan persembahan dengan kumpulan itu di Detroit, lapor media Amerika Syarikat, hari ini.

Selain Soundgarden, Cornell, 52, terkenal sebagai penyanyi utama untuk sebuah lagi kumpulan rock popular, iaitu Audioslave dan menjadi ahli kumpulan rock Temple of the Dog.

Menurut Majalah Variety, Cornell meninggal dunia selepas melakukan persembahan di Fox Theater, Detroit, lewat semalam dalam siri jelajah baharu ke seluruh negara, Soundgarden.

Penyanyi dan penulis lirik yang pernah memenangi Anugerah Grammy itu berasal dari Seattle, Washington.

Setakat ini, punca kematian Cornell masih belum diketahui.

AFP

Berita Harian X