Isnin, 15 Mei 2017 | 11:01pm

Gempa landa Papua New Guinea

SYDNEY: Gempa bumi berukuran magnitud 6.2 menggegarkan Papua New Guinea, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran cetek dikesan di perairan berhampiran pulau New Britain, 450 kilometer di timur laur Port Moresby.

New Britain, pulau terbesar dalam rangkaian Kepulauan Bismarck, terletak di timur tanah besar New Guinea dan memiliki penduduk sekitar 500,000 orang. - AFP

Berita Harian X