Selasa, 9 Mei 2017 | 1:05am
PEGAWAI Palang Merah mengorek sisa runtuhan di tengah hujan lebat untuk mencari mangsa yang terselamat. Foto kenyans.co.ke
PEGAWAI Palang Merah mengorek sisa runtuhan di tengah hujan lebat untuk mencari mangsa yang terselamat. Foto kenyans.co.ke

Enam maut dinding hospital runtuh

NAIROBI: Sekurang-kurangnya enam terbunuh, termasuk empat kanak-kanak, selepas dinding sebuah hospital runtuh berikutan hujan lebat di bandar raya Mombasa.

"Antara yang terkorban ialah empat kanak-kanak berusia antara lima dan 15 tahun dan ibu mereka.

"Seorang lagi mangsa lelaki yang juga ahli perniagaan," kata Ketua Polis Mombasa, Lucas Ogara.

Mangsa berada dalam rumah berhampiran yang ranap apabila dinding berkenaan runtuh.

Pegawai Palang Merah mengorek sisa runtuhan di tengah hujan lebat untuk mencari mangsa yang terselamat, kata saksi.

Hujan lebat menyebabkan lebuh raya utama menghubungkan Mombasa dengan hab pelancongan Malindi dan Lamu di utara ditutup selepas banjir menenggelamkan jambatan berhampiran bandar sepanjang lebuh raya itu.

Tahun lalu, sekurang-kurangnya 51 maut selepas bangunan enam tingkat runtuh di daerah Huruma di Nairobi. - Reuters

Berita Harian X