Selasa, 25 April 2017 | 6:54am

Gempa bumi 7.1 gegarkan Chile

GEMPA bumi berukuran 7.1 magnitud melanda pantai barat Chile semalam, menggegarkan ibu kota negara itu dan mencetuskan sekurang-kurangnya dua gegaran susulan yang kuat. - Foto Reuters
GEMPA bumi berukuran 7.1 magnitud melanda pantai barat Chile semalam, menggegarkan ibu kota negara itu dan mencetuskan sekurang-kurangnya dua gegaran susulan yang kuat. - Foto Reuters

SANTIAGO: Gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda pantai barat Chile semalam, menggegarkan ibu kota negara itu dan mencetuskan sekurang-kurangnya dua gegaran susulan yang kuat.

Tiada kerosakan besar dilaporkan, menurut penilaian yang dibuat perkhidmatan kecemasan Chile.

Tentera Laut Chile dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gempa bumi itu dijangka tidak menyebabkan tsunami.

Ia berpusat 35 kilometer ke barat bandar raya Valparaiso pada kedalaman cuma 10 kilometer di bawah paras laut, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa Chile pada awalnya mengarahkan pemindahan penduduk di kawasan pantai berhampiran Valparaiso, kira-kira 97 kilometer ke barat Santiago, bagi menghadapi kemungkinan tsunami, tetapi membatalkan arahan itu tidak lama kemudian.

Sekurang-kurangnya dua gegaran susulan berukuran 5.0 dan 5.4 direkodkan di lokasi sama dan boleh dirasai di Santiago.

Chile, yang terletak di Lingkaran Api Pasifik, pernah dilanda gempa bumi kuat, termasuk berukuran 8.8 pada 2010 yang mencetuskan tsunami di bandar pesisir pantai. - REUTERS

Berita Harian X