Sabtu, 15 April 2017 | 10:18pm

Filipina cadang wujud unit tentera beragama Islam

TENTERA Filipina mengumumkan rancangan mewujudkan unit tempur dianggotai penduduk minoriti Islam hari ini, ketika ia melihat cara meningkatkan usaha menangani pemberontakan Islam. - Foto AFP
TENTERA Filipina mengumumkan rancangan mewujudkan unit tempur dianggotai penduduk minoriti Islam hari ini, ketika ia melihat cara meningkatkan usaha menangani pemberontakan Islam. - Foto AFP

MANILA: Tentera Filipina mengumumkan rancangan mewujudkan unit tempur dianggotai penduduk minoriti Islam hari ini, ketika ia melihat cara meningkatkan usaha menangani pemberontakan Islam.

Jurucakap tentera, Kolonel Edgard Arevalo, dalam satu kenyataan berkata, lima peratus daripada semua permohonan baharu akan diperuntukkan kepada penduduk Islam di bawah arahan baharu itu, menambah matlamat pada akhirnya ialah memiliki briged atau bahagian untuk dikerah ke selatan bergolak Filipina.

Filipina berjuang menentang militan Islam di rantau selatan tanpa undang-undang, sesetengahnya berikrar taat setia dengan Daesh.

Arevalo berkata, kuota penduduk Islam itu, yang secara kasar menggambarkan bahagian minoriti agama, akan membantu tentera beroperasi di kawasan sebelum ini dianggap mencurigakan oleh penduduk tempatan.

"Kebanyakan saudara beragama Islam beranggapan penghantaran hampir 100 peratus tentera Kristian dalam masyarakat sebagai menceroboh," katanya menambah umat Islam lebih sedar terhadap sensitiviti agama atau budaya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memberi butiran jumlah sedia ada anggota beragama Islam dalam tentera. -AFP

Berita Harian X