Ahad, 9 April 2017 | 2:58pm

13 maut, 26 cedera saluran minyak terbakar

SERAMAI 13 orang terbunuh dalam satu kebakaran berhampiran sebuah saluran minyak yang bocor akibat perbuatan khianat di barat Yaman, semalam. - Foto AFP
SERAMAI 13 orang terbunuh dalam satu kebakaran berhampiran sebuah saluran minyak yang bocor akibat perbuatan khianat di barat Yaman, semalam. - Foto AFP

ADEN: Seramai 13 orang terbunuh dalam satu kebakaran berhampiran sebuah saluran minyak yang bocor akibat perbuatan khianat di barat Yaman, semalam kata seorang pegawai.

"Berpuluh-puluh orang berkumpul di lokasi saluran paip rosak itu membawa mangkuk dan bekas untuk mengisi minyak yang bocor dari saluran di Hodeida, Laut Merah," kata pegawai kerajaan Yaman.

Katanya, kebakaran itu berpunca daripada sebuah penjana elektrik menyebabkan 13 maut, 26 cedera manakala lapan hilang.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 7,700 kebanyakannya orang awam terbunuh dalam perang antara pemberontak Syiah Houthi dan tentera kerajaan Yaman yang disokong pakatan diterajui Arab Saudi sejak Mac 2015. - AFP

Berita Harian X