Jumaat, 7 April 2017 | 7:51am

Majlis Keselamatan kutuk ujian senjata Korea Utara

KOREA Utara menguji senjata balistik. - Foto EPA
KOREA Utara menguji senjata balistik. - Foto EPA

NEW YORK, PBB: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya ujian senjata balistik terbaharu Korea Utara dan menganggap ia satu tindakan 'terang-terangan serta provokasi' mengingkari resolusi badan dunia itu.

Keputusan sebulat suara itu dinyatakan dalam satu kenyataan ketika Presiden China, Xi Jinping tiba di Florida bagi mengadakan pertemuan pertama dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Ahli Majlis Keselamatan turut melahirkan kebimbangan mereka dengan ketidakstabilan tindakan Korea Utara yang dianggap mencabar majlis berkenaan.

Kelmarin, Korea Utara melancarkan senjata balistik ke arah Laut Jepun, sebagai amaran menjelang sidang kemuncak antara Amerika Syarikat dan China. - AFP

Berita Harian X